Strategi Pengajaran Inovatif
Pengenalan
Dalam kepesatan pembangunan, guru berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam
memastikan pendidikan memenuhi hasrat arus perdana masa kini.
Antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah menyesuaikan gaya pembelajaran murid dengan amalan
pengajaran yang lebih cenderung kepada penggunaan teknologi maklumat dan bahan-bahan
multimedia.
Gaya pembelajaran di dalam bilik darjah juga lebih tertumpu pada teknik pemusatan pelajar.
Oleh itu, amat penting bagi seseorang guru untuk mengetahui strategi pengajaran yang berinovasi bagi
memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Guru haruslah peka terhadap keperluan semasa agar dapat mengangkat martabat pendidikan ke
peringkat yang lebih tinggi dan selaras dengan kehendak pembangunan.
Guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan agar segala cabaran
yang datang dapat dihadapi dengan lebih bijaksana. Oleh itu, wajarlah bagi seorang guru untuk
menimba lebih banyak ilmu serta menguasai kepakaran dan kecekapan dalam pelbagai bidang.
Perubahan yang ingin dilakukan mestilah seiring dengan sikap yang positif serta amalan yang
berterusan.
Keperluan Inovasi Guru
Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu sama lain tanpa mengambil kira umur, latar
belakang, status ekonomi atau kecerdasan IQ. Kenyataan ini selari dengan pendapat Wan Zahid
(1993) yang menyarankan agar guru menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran
murid.
Guru haruslah bijak menggunakan kelebihan yang ada pada murid untuk mengoptimumkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Apabila kaedah pengajaran disesuaikan dengan gaya pembelajaran, murid akan berasa lebih
seronok mengikuti pengajaran guru dan bersedia melibatkan diri secara aktif di dalam bilik
darjah.
Sistem pendidikan masa kini menuntut guru untuk lebih bersifat membimbing agar murid dapat mengaplikasikan bakat dan kebolehan mereka secara optimum seterusnya menyelesaikan masalah pembelajaran dengan lebih berkesan Kelebihan dan kepakaran guru boleh diterjemahkan dalam bentuk pengajaran yang berunsurkan teknologi. Guru yang pakar dalam bidang teknologi maklumat boleh melakukan inovasi dengan menghasilkan modul atau aplikasi pembelajaran menggunakan multimedia. Usaha kreatif ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang baharu dan lebih menyeronokkan selain dapat melibatkan murid secara hands on dan minds on di dalam bilik darjah.
Guru seharusnya memahami kehendak, tabiat, sikap, tingkah laku yang merangkumi aspek kekuatan dan kelemahan muridnya mengikut tahap umur masing-masing. Proses ini seharusnya berlaku apabila seseorang guru itu mula melangkah ke bilik darjah pada hari pertama dan dilakukan secara santai melalui proses komunikasi dua hala. Strategi Pengajaran Strategi pengajaran merangkumi pendekatan, teknik dan kaedah penyampaian.
Pemilihan ini ada kaitannya dengan gaya belajar murid. murid yang bercirikan visual lebih berminat pada gambar, objek, video dan bahan dimensi (3D) dapat dilihat untuk memenuhi keperluan mereka dalam pembelajaran. Murid yang memiliki kecerdasan audio berminat pada bahan pengajaran yang mempunyai bunyi seperti muzik dan kesan bunyi-bunyian. Kreatif dan Inovatif Guru tidak seharusnya mengajar hanya berpandukan sukatan pelajaran serta bahan pengajaran sematamata. Hal ini demikian kerana pengajaran yang disampaikan akan menjadi kurang berkesan sekiranya tidak dapat difahami dan menjemukan murid. Oleh itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya.
Guru hendaklah bertindak sebagai seorang pelakon yang bijak dan memainkan peranannya dalam pelbagai situasi untuk menarik minat murid ke arah penumpuan pelajaran. Penghasilan, penciptaan dan pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran menjadikan ianya lebih berinovasi. Kecindan Seseorang guru tidak semestinya garang dan tidak pula terlalu lembut terhadap muridnya. Murid lebih menggemari guru yang memiliki unsur-unsur kecindan dalam penyampaian.
Unsur kecindan meliputi kata-kata atau perlakuan yang berunsur jenaka serta tidak keterlaluan yang bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok serta menghilangkan tekanan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung Daya Imaginasi Yang Tinggi Daya imaginasi memainkan peranan yang penting dalam proses mencerna minda murid. Guru yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi mampu membuka minda murid dan mengajak mereka berfikir di luar kotak dan merentas kurikulum di mana murid boleh memberikan pandangan serta pendapat seluas mungkin tanpa had. Melalui cara ini, murid akan dilatih untuk berfikir secara global dan akhirnya dapat mengaitkan dengan isu yang hendak diperbincangkan dalam isi pembelajaran.
Pemilihan Dan Pengaplikasian Media Pengajaran Media pengajaran memainkan peranan yang penting dalam proses menjana minda murid. Media yang menarik boleh terdiri dari bahan yang berbentuk visual, audio, teks atau grafik. Media ini boleh digunakan sama ada mengikut klasifikasi masing-masing atau digabungkan dalam bentuk persembahan multimedia. Dalam hal ini, guru haruslah mempunyai ilmu dalam bidang teknologi maklumat di mana ia memerlukan kemahiran mengaplikasikan media ini melalui perkakasan dan perisian komputer. Pemilihan media harus dilihat dari aspek kesesuaiannya untuk menepati hasil pembelajaran, kos yang efektif serta digunakan secara praktikal.
Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan
Definisi Teknologi Dalam Pendidikan
Davis (2001), Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan kemahiran yang utama dan juga tema utama dalam era teknologi maklumat. Ia juga merupakan salah satu alat penting untuk memotivasikan pembelajaran. Perkembangan terkini dalam pendidikan telah memaparkan kepentingan TMK yang tidak harus diabaikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subaki (2010), teknologi dalam pendidikan boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat kepada murid.
Becker (1994) berpendapat bahawa penggunaan teknologi dan pengintegrasian ICT dalam kurikulum perlu diperkembangkan dalam kalangan guru supaya profesionalisme bidang pendidikan akan terus meningkat.
Peranan Dan Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan Perkembangaan professional guru.
Murid akan berasa seronok untuk belajar sekiranya guru dapat memahami murid dan memberikan
motivasi kepada mereka. Inovatif membawa maksud kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baharu
sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah
penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik.

- Menyunting bahan-bahan seperti audio, imej dan video yang akan diolah menjadi bahan atau sumber pengajaran yang menarik.
- Memudahkan dan mempelbagaikan gaya pengajaran guru.
- Membantu golongan yang memerlukan batuan khas.
- Melicinkan proses pengajaran dan pemebelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting topik yang akan disampaikan.
- Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
- Mengelakkan murid berasa bosan seterusnya mengekalkan minat untuk belajar.
- Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir konsep memalui deria lihat, dengar dan sentuh. Membetulkan sebarang kekeliuran kerana teknologi dalam pendidikan dapat memberi suatu gambaran yang jelas tentang sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment